Tuesday, March 27, 2012

7 tip memilih baju untuk bayi baru lahir








Adakah anda akan menimang cahaya mata tidak berapa lagi? Kalau ya, pastinya anda teruja menantikan kehadiran si comel, dan tentunya sedang membuat persiapan untuk menyambut kelahirannya. Berikut adalah 7 tips yang ingin kami kongsikan ketika memilih baju si kecil.

1. Pilihlah baju yang diperbuat dari kain kapas ( cotton ), ini kerana kain ini lembut, menyerap peluh, nipis dan selesa untuk bayi. Kain cotton juga tahan lasak dan senang dicuci.
2. Pilihlah potongan seperti romper ( bodysuit) atau jumper kerana ia mempunyai bukaan di bahagian bawah yang memudahkan penukaran lampin dan tidak mengekang pergerakan bayi. Ibu - ibu juga tak perlu membasuh banyak baju, kerana ia berbentuk " one suit".
3. Pastikan baju bayi tidak banyak hiasan seperti manik, butang atau tali tali yang terbujur. Ini bagi mengelakkan bayi tercekik butang atau terikat dengan tali pada baju.
4. Belilah sekurang- kurangnya 5-7 helai baju saiz newborn ( saiz 12) , walaupun mereka akan membesar dengan cepat, anda masih perlukan banyak baju pada minggu- minggu pertama, kerana bayi kerap muak, muntah dan membuang air. Tetapi jika bayi dijangka besar, 3.5-4 kg misalnya, pilihlah saiz 14, atau saiz 3 bulan ke atas.
5. Penggunaan barut/ bedung digalakkan kerana bayi kecil sukakan perasaan dikendong dan menjadikan tidur lebih nyenyak. Namun jika kelihatan bayi tidak selesa ketika cuaca panas atau ketika demam, tanggalkan barut dan bedung bayi.
6.Anda digalakkan membasuh dahulu pakaian baru atau pakaian yang pernah diguna oleh anak terdahulu sebelum memakaikannya pada bayi.
7. Jangan lupa membeli sarung tangan dan kaki untuk bayi anda! Pastikan "cuff" sarung kaki dan tangan sesuai dengan bayi- tidak terlalu longgar hingga mudah tanggal dan tidak terlalu ketat hingga meninggalkan bekas pada tangan si kecil.

Selamat membeli belah !